Jumaat, 19 Mac 2010

AndAi Hat!...

Andai hati ini terluka;
beginikah pengakhirannya...

Andai hati mampu berkata-kata;
beginikah penghujungnya...

Andai hati ini masih berhiba;
beginikah impaknya...

Andainya hati ini sedang melara;
beginikah pengabdiannya...

Andai hati ini kembali berpaling;
beginikah rupa dan parutnya...

Andai hati terasa;
Tuhan inikah pembalasannya...

Andai hati ini dicaci nista;
beginikah kesannya...

Andai hati dibenci;
termaktubkah ini titik noktahnya...

Andai hati ini masih lagi berandai;
lupakah dia pada TuhanNya....

Dr. Muhsin
01.06 am
Alexandria, Egypt.
20 March 2010

Sabtu, 13 Mac 2010

PerMUlaan yaNG bArU..dOakanLAH berJAya

hidup tak selalunya indah, langit pun tak selalunya cerah...
beberapa hari lalu, baru aku sedar hidup kat dunia ni tak semudah dan tak sesenang yang kita sangkakan..

2 hari lepas seorang pelajar tahun satu jurusan perubatan Universiti Tanta meninggal dunia kerana terjatuh bangunan...saat aku dengar berita tu pun jantung aku dah berdetak..

ya ALLAh...sungguh besar kuasaMU...

ramai yang sangka hidup kat dunia ni kita sempat lakukan semuanya (kebaikan/kejahatan) dan last skali bila dah tua baru nak bertaubat....tapi berdasarkan senario ni baru kita sedar ajal maut tu tak kenal sesiapa pun. tua atau muda semuanya dah ditakdirkan di mahfuz.....

sudahkah kita bertaubat dan meminta maaf??? takutnya aku kalau mati masih terbelenggu dosa...kalau dosa dengan Allah kita boleh bertaubat, tapi kalau dosa dengan manusia...berat sungguh...

n of course hal ni yang membuatkan aku sedih sikit....aku kalau boleh nak semua orang saling sayang menyayangi antara satu sama lain....tiada pertelingkahan, salah faham yang boleh merosakkan sesuatu institusi kemasyarakatan...tapi apalah gunanya syaitan kan.... dah memang tugas n janji dgn maha pencipta umtuk menggoda kita ini manusia; makhluk ciptaan Allah yang paling mulia di sisiNya.....

so dengan ini saya: MUHAMMAD MUHSIN BIN ABD MANAN memohon maaf atas segala silap dan salah terutama sekali kawan2 yg kenal mulut aku ni macam mane kan....sorila....ekk....pastu kat sesape jela yang kenal aku ni..yang terasa ker..tak kisahlah sesape pun...sesungguhnya aku insan yang hina n senantiasa melakukan dosa....YA ALLAH ampunkanlah dosaku, keluargaku, guru-guruku, rakan-rakanku dan semua insan ya ALLAH.....

Sesungguhnya aku dah janji dengan diri aku yang aku tak nak lagi jadik macam dulu lagi..aku nak jadi seorang insan yang bernama MUHAMMAD MUHSIN BIN ABD MANAN yang mempunyai imej baru.....yang penuh dengan ihsan dan senantiasa melakukan kebaikan..aku nak jadik ahsan an-nas means manusia yang paling baik...semoga korang sume doakan aku..insyaallah aku takkan lupa doakan korang jugak...

sekian untuk kali ini...wasalam