Khamis, 29 April 2010

gegiLA

mmmm...akhirnya exam pun abis..
sori la lambat update
takde mase la sbb modul baru ni menuntut kesabaran yg lbh skit
kene abiskan anat upper limb n lower limb dalam masa 5 minggu
agak mencabar jgak la
tapi nk wat camner kate nk jd doktor kan...
kuang..kuang...kuang

BTW lately hidup aku agak huru hara
coz
1. lecture anat yg gile
2. matlamat untuk kurus 13 week sbb nk blk malaysia
3. bangun lewat
4. masalah kewangan (tula tak reti nk urus sape suruh...PADAN MUKE)
n many more...

tapi takpe la ni kan sumer cabaran hidup
kite kan da besar
so kene pandai2 la jaga diri kite ni
klau nk wat pape pun mesti pikir effect dier kat idup kite
klau main tibai jer
hancurlah hidup kita nnt...ahhahah
mulala tu berfalsafah...(bak kata syrul)
tp takpe hidup tanpa tujuan
lagi teruk kan.....

lately kat egypt da stat panas
abis hitam kulit @ tanned
hahhahah
tapi kat alex ni ok lagi
coz ktorg kat tepi pantai
sejuk lagi la
suhu skrg dlm 25-27 celcius
boole tahan lagi tapi syaratnyer
kene minum banyak air...
klau tak bole dehydrated tibe2...

mmm...klau tak salah aku
skrg kat uni msia musim exam
so papepun gudluk kat sume kengkawan
tak kisah la
yg tgh exam ke @ dah abis ke @ exam around the corner ke
yg penting do the best!!!

kepada kengkawan yg nk wat reunion
tgula aku blk...
huahuahua
takpela saje je
klau ade rezki nnt kite jumpe ekk...
okla GTG...bye
gud luk once again!!!!

Rabu, 14 April 2010

Salam..

Assalamualaikum....n salam sejahtera semua....
akhirnya lepas 3 minggu exam akhirnya datang jugak kesempatan
untuk mengupdate blog ni..even besok 15hb 4 2010...exam practical...
hopefully dah ready..hop sumer org doakan yg terbaik...
ari ni takde nak cakap pape pun....saje je nak coret2 something kat sini...

1stly..nk cuba sampaikan satu cerita yg saya dapat
dr sorg kawan kat alexandria ni...

kisah dier macam ni...

Pada suatu hari datang satu malaikat kepada seorang lelaki tua lalu membawa lelaki itu berjalan2.....

Sampailah mereka kat satu tempat or bilik yang mana kat dalam tu ada ramai malaikat yang tengah sibuk loading packaging yang datang tanpa henti-henti...bak kata orang mmg busy la kalah pilihan raya...Hairan dengan keadaan yang tak pernah dilihat lelaki tua, lalu lelaki tu bertanya kepada malaikat yang bersama dengannya...

"Wahai malaikatku bilik apakah ini???" kata lelaki tua itu.

Jawab malaikat "Inilah bilik di mana semua permintaan manusia dari pelusuk alam dicatat dan dikumpulkan"...

"Masyaallah, Maha Suci Allah", ucap lelaki tua itu.

Kemudian mereka berjalan-jalan lagi hingga tiba di satu ruang yang lain. Ruang ni pun hampir sama dengan ruangan yang tadi. Ruang yang kedua ini juga besar dan penuh dengan malaikat yang sedang sibuk ke hulu ke hilir menghantar bungkusan. Bilik ni pun sama sibuknya dengan bilik yang tadi.

Lalu lelaki itu bertanya,"Wahai malaikatku bilik apakah ini???".

Lalu malaikat itu menjawab, "Inilah bilik di mana semua permintaan manusia diterima Allah lalu disebarkan ke muka bumi (yakni rahmat Allah terhadap setiap makhluk ciptaanNYA)"...

"Alhamdulillah", ucap lelaki tua itu dengan penuh rasa syukur.

Kemudian mereka berjalan lagi hingga tiba di satu ruang yang sempit dan hanya ada beberapa malaikat saja di dalamnya. Lelaki tua itu kehairanan lalu bertanya,

"Wahai malaikatku bilik apakah ini??? Sungguh sedikit malaikat yang berada di dalamnya dan tidak lagi sesibuk tadi"...

Lalu malaikat pun menjawab " Inilah bilik di mana semua kurnian Allah yang diberi diterima dengan rasa kesyukuran"..

Lalu lelaki itu terdiam dan lalu menangis dan merintih kerana sedih dengan sifat manusia yang suka meminta-minta tetapi lupa untuk mengucapkan syukur dan rasa terima kasih kepada Allah...

Apa iktibar yang kita boleh ambil dari kisah ini ialah:

1. Jangan lupa untuk mengucapkan "Alhamdulillah" di atas segala kurniaan Allah yang
telah Allah beri kepada kita walaupun kalau kita ucapkan atau tidak,
langsung tak memberi sedikit pun manfaat kepada Allah barang sebesar zarah pun
kerana kita tahu Allah bersifat Ar-Rahman dan sesekali tidak terkesan akan
makhluknya. Plus, Allah amat menyanyangi hamba-hambaNYA yang bersyukur di atas
kurnianNYA

2. Kita hendaklah berasa syukur dengan segala kurniaan Allah yang telah diberikan
kepada kita dan jangan sesekali takbur dengan nikmat dan rahmat yang telah diberi

Semoga apa yang disampaikan ini menjadi iktibar kita semua...