Jumaat, 29 Januari 2010

RedHAkah Atau SyuKUr....



Satu malam, bintang telah jatuh. Jadi rupa seorang gadis. Memberi ingat kepada aku: “kau tak mampu untuk pikul segalanya. Kau lemah”. Gadis itu pergi, hilang di sebalik awan putih gelap. Aku tak peduli.

Satu malam, bulan datang dekat. Senyum sambil berkata: “Kau hanya manusia, punya 2 tangan, kaki yang kadang-kadang lari laju dan kadang-kadang lembab. Ada mata dan telinga, mulut pula harus selalu jaga. Sebab itu punca fitnah dan sial. Kau haru waspada”. Aku tetap tak peduli.

Satu malam, hujan turun memeluk tubuh. Kalau aku tidak datang pun kau tetap sejuk. Apatah lagi jika cuaca yang membenarkan aku singgah di sini. Kau di tengah malam. Dia di rumah sendiri. Mereka sibuk membahagi tugas untuk kerja-kerja cerita. Jangan pula kau kaku di sini. Mereka di sana habis-habisan mengumpul kayu untuk memanaskan tanah ini. Kau tidak tumpang mereka? Aku berjalan hanya sendiri.

Satu malam. ramai yang berkumpul. Makan-makan. Sembang-sembang. Gelak ketawa. Bertukar cerita. Kenyang. Rokok di tangan dan sampah bersepah. Asap berkepul membunuh oksigen. Di meja makan. Di tepi jalan. Di kesenangan ciptaan tuhan. Tetap mereka bersyukur??

Satu malam, ramai yang berkumpul. Makan-makan. Sembang-sembang. Gelak ketawa. Bertukar cerita. Bertukar baca. Memerah otak untuk hafalan. Memikir untuk lulus ujian. Teh panas, kopi dan nescafe selang seli di tangan. Buku jadi usaha dan punca. Di samping itu, gosip jadi hidangan ringan setelah penat membaca. Tetap mereka bersyukur??

Tak kira dari bintangkah, bulankah, hujankah, hatta malaikat sekalipun, syukur dengan apa yang telah diberi tidak sama dengan syukur dengan apa yang telah dicari. Kepuasan masing-masing hanya mereka yang dapat merasakan. Ukur baju badan sendiri.

Aku redha, bukan syukur

1 ulasan: