Jumaat, 24 Disember 2010

musiM exAm meLanda....

Salam pertamuan,

buat kawan2 ku sekalian...

nmpaknya tak lama lagi nak exam...so gudluck la ekk kepada sesape je yg nk exam



BTW aku tak tau la ape nk jadik ngan aku nih

perghhh baca buku pun tak habis lagi...(tu baca tau bukan hafal!!!)

dlm 300 pages lagi kowt...OMGucci.....

apela nk jadik ngan aku ni kan...hhahhaahha agakla...

Tapi hari ni boleh dikatakan hari yg agak best dalam hidup aku....

elaun baru masuk la katakan...hehehehe

ari ni bangun lambat....

pastu lepas isyak after g umah cek pi(tq cek pi sbb bg pinjam buku!!)

BTW paru masak kurma sedap!!!! hhehehe sempat aku memuji si paru!!!


aku pun memanjangkan langkah aku g San Stefano...

HEHEHEHE (bg yg da tau tu phm2 la ekk)

niat di hati kononnya nak study kat kedai kopi TAPI.....

tapi lain jadinya...

sempat plak tu g window shop kejap.....

hahahah....dapat la satu dua barang

wuuuuuu....bezkan klau shopping bila duit elaun PAMA baru masuk

TENG...hehheheheh

pas da abis window shopping, tetiba teringat kat mak cik JOLIE

tanpa ragu2 dan sangsi lagi ( seakan-akan telupa yg exam nk dekat), trusla aku g beli tiket tgok wayang...THE TOURIST



time2 tengah tgk wayang tu tetiba hati ni sedih je semacam.....

rupa2nya crite tu buat aku terkenang akan vacation winter ku yg tidak kesampaian...kuuikuikui

ingatkan aritu nk spend time kat ITALY time winter ni...tp apakan daya.....(T___T)

tapi takpela maybe ade hikmahnya....huhuhu

k la klau ade pape lagi nnt kita jumpa kat next post ekk...hhahhaha
cau cin cau.....(sorila nk sambung baca buku blk...hehhehe kononnyer)

k...bye see you on my next post!!!

Jumaat, 17 Disember 2010

Khamis, 9 Disember 2010

ImpoRtanT....things to do during the day


Breakfast is the most important meal of the day....




WHY???

Breakfast is the key that ignites our engine. It jump starts our metabolism. It's the biggest energy booster of the day.

Breakfast can help make u less stressed, improved your memory and concentration, and raise your energy level.

If you don't have breakfast, its more difficult to get all the nutrients that you need in a day.

Eating your breakfast first thing in the morning may help u stabilize blood sugar levels, which regulate appetite and energy.

Kids who eat breakfast display improved cognitive function, attention and memory skills while having greater attendance rate and fewer disciplinary issues.

Studies have shown that people who eat breakfast tend to have healthier body weight and are less likely to overeat during the day.....

So make time for breakfast everyday!!!!! ^___^

Selasa, 7 Disember 2010

Kembali


Salam....
seems it was just like yesterday....
dah lama tak update blog...
sbbnya:

1) lupa password
2) busy la skrg byk benda nak baca

hopefully starting from today i'll update the blog as much as i can...
huhuu....

Selasa, 27 Julai 2010

perjalanan ke desa tercinta

sudah genap sepuluh purnama berlalu
sayup-sayup kota alexandria kutinggalkan



bye Alexandria see ya in 2 month and 10 days



fendi,syrul,mirul,abe and bella...

arriving at Kuwait International Airport at 3.40 pm
then we manage to get hotel!!! what a pleasant journey!!





what a nice room...

at 9.00pm we were heading back home after some shopping in Kuwait Duty Free Zone!!



Tiba di Malaysia dalam jam 1.45 ptg...dan disambut hujan rahmat di KLIA...
what a nice journey!!

Khamis, 13 Mei 2010

SuAramu IbU

Satu penyelidikan terbaru mendapati, suara ibu sudah cukup untuk menenangkan anak mereka, penemuan yang pasti memberi kelegaan dan mengurangkan rasa bersalah ibu bekerja kerana hanya dapat berhubung dengan anak melalui telefon pada kebanyakan masa.

Kajian dijalankan penyelidik Amerika yang ingin mengetahui bagaimana interaksi suara memberi kesan kepada orang tersayang, menguji paras hormon penenang oxytocin ke atas kanak-kanak perempuan yang sedang menghadapi tekanan.
Seramai 61 kanak-kanak perempuan berusia antara tujuh dan 12 tahun, diminta mengaturkan satu persembahan di hadapan orang tidak dikenali dan kemudian dibahagikan kepada tiga kumpulan.
Satu daripada kumpulan itu ditenangkan oleh ibu yang hadir selepas persembahan, kumpulan kedua bercakap dengan ibu masing-masing hanya melalui telefon manakala kumpulan ketiga tidak berinteraksi langsung dengan ibu mereka.

Hormon tekanan kanak- kanak berkenaan dipantau sepanjang proses itu dan penyelidik mendapati, kanak-kanak yang ditenangkan sama ada secara fizikal atau dengan suara, mengeluarkan paras oxcytocin yang sama, berbanding kumpulan kanak-kanak yang tidak berinteraksi dengan ibu mereka.

“Hasil kajian ini menunjukkan mereka yang kurang sokongan daripada keluarga dan rakan akan mempunyai tahap kesihatan yang lebih rendah.

“Interaksi suara mungkin mampu memberi kelegaan yang sama dengan hubungan secara bersemuka, termasuk sentuhan,” kata penyelidik.

Isnin, 3 Mei 2010

huHUlaLA

huhulala....
gilekah???

hhahahaahah
tak taula
skrang ni aku jadi semakin giler!!!
smakin pemalas....

ARGGGGGGGGGHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!

could someone help me....PLEZZZ
I in NEED of ur help...
if u can help my problem
especially PAA n YANA n SYRUL
just contact me on FB...
u know my fb right
mm_kkbey@yahoo.com.my
.................
anyway dalam masa aku jadi gile ni
smpat gak aku tgk cougar town
tu sume Rahman yang bagi
cerita dier best la gak
ala2 desperate housewife
tapi yg ni macam desperate janda yang umor 40...
hahahahha
agak lawak la jugak
bnyak unsur humor, family n dsb...

pastu untuk pengetahuan korang
ni 1st time dalam idup aku
aku mengalami
DST
nak tau pe mende tu
DST tu maksudnyer
Daylight Saving Timer
di mana kitorng yg kat egypt ni kene tambah sejam
kat jam2 kitorang....
menarik kan tapi agak sakit ati sbb kene
bangun awal dr biasa....hihihihihi
ni link dier korang bacela kat wiki ni ekkk
tambah ilmu la katakan....

http://en.wikipedia.org/wiki/Daylight_saving_time

k la GTG...nak tido takut esok tak sempat
bgn nk gi klass.....hhiihhihihiih

Khamis, 29 April 2010

gegiLA

mmmm...akhirnya exam pun abis..
sori la lambat update
takde mase la sbb modul baru ni menuntut kesabaran yg lbh skit
kene abiskan anat upper limb n lower limb dalam masa 5 minggu
agak mencabar jgak la
tapi nk wat camner kate nk jd doktor kan...
kuang..kuang...kuang

BTW lately hidup aku agak huru hara
coz
1. lecture anat yg gile
2. matlamat untuk kurus 13 week sbb nk blk malaysia
3. bangun lewat
4. masalah kewangan (tula tak reti nk urus sape suruh...PADAN MUKE)
n many more...

tapi takpe la ni kan sumer cabaran hidup
kite kan da besar
so kene pandai2 la jaga diri kite ni
klau nk wat pape pun mesti pikir effect dier kat idup kite
klau main tibai jer
hancurlah hidup kita nnt...ahhahah
mulala tu berfalsafah...(bak kata syrul)
tp takpe hidup tanpa tujuan
lagi teruk kan.....

lately kat egypt da stat panas
abis hitam kulit @ tanned
hahhahah
tapi kat alex ni ok lagi
coz ktorg kat tepi pantai
sejuk lagi la
suhu skrg dlm 25-27 celcius
boole tahan lagi tapi syaratnyer
kene minum banyak air...
klau tak bole dehydrated tibe2...

mmm...klau tak salah aku
skrg kat uni msia musim exam
so papepun gudluk kat sume kengkawan
tak kisah la
yg tgh exam ke @ dah abis ke @ exam around the corner ke
yg penting do the best!!!

kepada kengkawan yg nk wat reunion
tgula aku blk...
huahuahua
takpela saje je
klau ade rezki nnt kite jumpe ekk...
okla GTG...bye
gud luk once again!!!!

Rabu, 14 April 2010

Salam..

Assalamualaikum....n salam sejahtera semua....
akhirnya lepas 3 minggu exam akhirnya datang jugak kesempatan
untuk mengupdate blog ni..even besok 15hb 4 2010...exam practical...
hopefully dah ready..hop sumer org doakan yg terbaik...
ari ni takde nak cakap pape pun....saje je nak coret2 something kat sini...

1stly..nk cuba sampaikan satu cerita yg saya dapat
dr sorg kawan kat alexandria ni...

kisah dier macam ni...

Pada suatu hari datang satu malaikat kepada seorang lelaki tua lalu membawa lelaki itu berjalan2.....

Sampailah mereka kat satu tempat or bilik yang mana kat dalam tu ada ramai malaikat yang tengah sibuk loading packaging yang datang tanpa henti-henti...bak kata orang mmg busy la kalah pilihan raya...Hairan dengan keadaan yang tak pernah dilihat lelaki tua, lalu lelaki tu bertanya kepada malaikat yang bersama dengannya...

"Wahai malaikatku bilik apakah ini???" kata lelaki tua itu.

Jawab malaikat "Inilah bilik di mana semua permintaan manusia dari pelusuk alam dicatat dan dikumpulkan"...

"Masyaallah, Maha Suci Allah", ucap lelaki tua itu.

Kemudian mereka berjalan-jalan lagi hingga tiba di satu ruang yang lain. Ruang ni pun hampir sama dengan ruangan yang tadi. Ruang yang kedua ini juga besar dan penuh dengan malaikat yang sedang sibuk ke hulu ke hilir menghantar bungkusan. Bilik ni pun sama sibuknya dengan bilik yang tadi.

Lalu lelaki itu bertanya,"Wahai malaikatku bilik apakah ini???".

Lalu malaikat itu menjawab, "Inilah bilik di mana semua permintaan manusia diterima Allah lalu disebarkan ke muka bumi (yakni rahmat Allah terhadap setiap makhluk ciptaanNYA)"...

"Alhamdulillah", ucap lelaki tua itu dengan penuh rasa syukur.

Kemudian mereka berjalan lagi hingga tiba di satu ruang yang sempit dan hanya ada beberapa malaikat saja di dalamnya. Lelaki tua itu kehairanan lalu bertanya,

"Wahai malaikatku bilik apakah ini??? Sungguh sedikit malaikat yang berada di dalamnya dan tidak lagi sesibuk tadi"...

Lalu malaikat pun menjawab " Inilah bilik di mana semua kurnian Allah yang diberi diterima dengan rasa kesyukuran"..

Lalu lelaki itu terdiam dan lalu menangis dan merintih kerana sedih dengan sifat manusia yang suka meminta-minta tetapi lupa untuk mengucapkan syukur dan rasa terima kasih kepada Allah...

Apa iktibar yang kita boleh ambil dari kisah ini ialah:

1. Jangan lupa untuk mengucapkan "Alhamdulillah" di atas segala kurniaan Allah yang
telah Allah beri kepada kita walaupun kalau kita ucapkan atau tidak,
langsung tak memberi sedikit pun manfaat kepada Allah barang sebesar zarah pun
kerana kita tahu Allah bersifat Ar-Rahman dan sesekali tidak terkesan akan
makhluknya. Plus, Allah amat menyanyangi hamba-hambaNYA yang bersyukur di atas
kurnianNYA

2. Kita hendaklah berasa syukur dengan segala kurniaan Allah yang telah diberikan
kepada kita dan jangan sesekali takbur dengan nikmat dan rahmat yang telah diberi

Semoga apa yang disampaikan ini menjadi iktibar kita semua...

Jumaat, 19 Mac 2010

AndAi Hat!...

Andai hati ini terluka;
beginikah pengakhirannya...

Andai hati mampu berkata-kata;
beginikah penghujungnya...

Andai hati ini masih berhiba;
beginikah impaknya...

Andainya hati ini sedang melara;
beginikah pengabdiannya...

Andai hati ini kembali berpaling;
beginikah rupa dan parutnya...

Andai hati terasa;
Tuhan inikah pembalasannya...

Andai hati ini dicaci nista;
beginikah kesannya...

Andai hati dibenci;
termaktubkah ini titik noktahnya...

Andai hati ini masih lagi berandai;
lupakah dia pada TuhanNya....

Dr. Muhsin
01.06 am
Alexandria, Egypt.
20 March 2010

Sabtu, 13 Mac 2010

PerMUlaan yaNG bArU..dOakanLAH berJAya

hidup tak selalunya indah, langit pun tak selalunya cerah...
beberapa hari lalu, baru aku sedar hidup kat dunia ni tak semudah dan tak sesenang yang kita sangkakan..

2 hari lepas seorang pelajar tahun satu jurusan perubatan Universiti Tanta meninggal dunia kerana terjatuh bangunan...saat aku dengar berita tu pun jantung aku dah berdetak..

ya ALLAh...sungguh besar kuasaMU...

ramai yang sangka hidup kat dunia ni kita sempat lakukan semuanya (kebaikan/kejahatan) dan last skali bila dah tua baru nak bertaubat....tapi berdasarkan senario ni baru kita sedar ajal maut tu tak kenal sesiapa pun. tua atau muda semuanya dah ditakdirkan di mahfuz.....

sudahkah kita bertaubat dan meminta maaf??? takutnya aku kalau mati masih terbelenggu dosa...kalau dosa dengan Allah kita boleh bertaubat, tapi kalau dosa dengan manusia...berat sungguh...

n of course hal ni yang membuatkan aku sedih sikit....aku kalau boleh nak semua orang saling sayang menyayangi antara satu sama lain....tiada pertelingkahan, salah faham yang boleh merosakkan sesuatu institusi kemasyarakatan...tapi apalah gunanya syaitan kan.... dah memang tugas n janji dgn maha pencipta umtuk menggoda kita ini manusia; makhluk ciptaan Allah yang paling mulia di sisiNya.....

so dengan ini saya: MUHAMMAD MUHSIN BIN ABD MANAN memohon maaf atas segala silap dan salah terutama sekali kawan2 yg kenal mulut aku ni macam mane kan....sorila....ekk....pastu kat sesape jela yang kenal aku ni..yang terasa ker..tak kisahlah sesape pun...sesungguhnya aku insan yang hina n senantiasa melakukan dosa....YA ALLAH ampunkanlah dosaku, keluargaku, guru-guruku, rakan-rakanku dan semua insan ya ALLAH.....

Sesungguhnya aku dah janji dengan diri aku yang aku tak nak lagi jadik macam dulu lagi..aku nak jadi seorang insan yang bernama MUHAMMAD MUHSIN BIN ABD MANAN yang mempunyai imej baru.....yang penuh dengan ihsan dan senantiasa melakukan kebaikan..aku nak jadik ahsan an-nas means manusia yang paling baik...semoga korang sume doakan aku..insyaallah aku takkan lupa doakan korang jugak...

sekian untuk kali ini...wasalam

Sabtu, 27 Februari 2010

Jumaat, 26 Februari 2010

WaRkaH cInta...

Satu hari, sewaktu hening subuh. Aku tak mampu bernafas. Jiwaku kalut. Penuh dengan emosi yang meruntun jiwa sepi. Kekalutan yang sewaktu itu tak mampu kuluahkan. Aku sememangnya tak mampu.... Kenapa ini berlaku ?? Aku kaku......

Aku lemah. Amat lemah. Jiwaku sepi. Lesu. Aku tak mampu melangkah. Ingin saja aku berlari, lari dari derita jiwa ini. Namun ingatanku menggoyahkan imanku. Menjerat diriku agar tidak pergi jauh darimu....

Oh tuhan, bantulah hambaMu ini!! Beban ini tak mampu ku tanggung lagi.

Kenapa aku selemah ini?? Adakah kerna pengharapanku?? Adakah kau juga sepertiku?? Kerna setiap detik waktu, setiap degupan jantungku, setiap helaan nafasku, bahkan setiap hayunan langkahku.....senantiasa terpahat namamu...

Mungkinkah kau CINTAKU...



Mungkin dalam kau sedar atau tidak, tiapkali kau melangkah masuk ke ruang persona mindaku. Lidahku kelu. Bisu. Tatkala batinku meronta-ronta meminta belaian kasihmu. Aku sememangnya insan yang lemah. Aku takut berdepan denganmu. Berdepan dengan kenyataan yang mungkin mampu meragut rasionalku, menggugat ego lelakiku....Namun gelora hati ini......ahh, tak mungkin kan terhalang....

Bahkan nun jauh di sudut hatiku, aku sememangnya tahu bahwa kau sememangnya tercipta untukku......

Di sepanjang kepenghidupanku, aku menanti saat ini. Melintas garisan jiwa yang seakan tidak berpenghujung. Kini ku tak gentar...masanya sudah tiba. Tak mungkinku kan berdalih mahupun berinjak lagi. Mungkin sememangnya inilah saat yang kutunggu, untukku bersama denganmu. Dan ku tahu inilah pengakhirannya...Kau dan Aku akan bersama selamanya di dunia dan akhirat. Sememangnya inilah yang ku tunggu selama ini...menjadikan kau kekasihku dan juga ISTERIKU..... Semoga perhubungan ini kan berkekalan...Amin Ya Rabbal Al-amin......

Dari Suamimu Yang Tercinta...

Jumaat, 29 Januari 2010

RedHAkah Atau SyuKUr....



Satu malam, bintang telah jatuh. Jadi rupa seorang gadis. Memberi ingat kepada aku: “kau tak mampu untuk pikul segalanya. Kau lemah”. Gadis itu pergi, hilang di sebalik awan putih gelap. Aku tak peduli.

Satu malam, bulan datang dekat. Senyum sambil berkata: “Kau hanya manusia, punya 2 tangan, kaki yang kadang-kadang lari laju dan kadang-kadang lembab. Ada mata dan telinga, mulut pula harus selalu jaga. Sebab itu punca fitnah dan sial. Kau haru waspada”. Aku tetap tak peduli.

Satu malam, hujan turun memeluk tubuh. Kalau aku tidak datang pun kau tetap sejuk. Apatah lagi jika cuaca yang membenarkan aku singgah di sini. Kau di tengah malam. Dia di rumah sendiri. Mereka sibuk membahagi tugas untuk kerja-kerja cerita. Jangan pula kau kaku di sini. Mereka di sana habis-habisan mengumpul kayu untuk memanaskan tanah ini. Kau tidak tumpang mereka? Aku berjalan hanya sendiri.

Satu malam. ramai yang berkumpul. Makan-makan. Sembang-sembang. Gelak ketawa. Bertukar cerita. Kenyang. Rokok di tangan dan sampah bersepah. Asap berkepul membunuh oksigen. Di meja makan. Di tepi jalan. Di kesenangan ciptaan tuhan. Tetap mereka bersyukur??

Satu malam, ramai yang berkumpul. Makan-makan. Sembang-sembang. Gelak ketawa. Bertukar cerita. Bertukar baca. Memerah otak untuk hafalan. Memikir untuk lulus ujian. Teh panas, kopi dan nescafe selang seli di tangan. Buku jadi usaha dan punca. Di samping itu, gosip jadi hidangan ringan setelah penat membaca. Tetap mereka bersyukur??

Tak kira dari bintangkah, bulankah, hujankah, hatta malaikat sekalipun, syukur dengan apa yang telah diberi tidak sama dengan syukur dengan apa yang telah dicari. Kepuasan masing-masing hanya mereka yang dapat merasakan. Ukur baju badan sendiri.

Aku redha, bukan syukur

Isnin, 25 Januari 2010

my mEmory...jjcm alex

dO i NeEd to OpEN my HEart....




For the first time i heard this song....it touched deeply into my heart...i don't know why??? maybe the is something missing in my heart and i should do something to it...BUT....it does not mean i need to have somebody right now like to have a girlfriend...BUT everybody need love and we need to be loved and love....hahhaaha its sound silly...its sound like I'm in right now....hahahaha...no laaa...just want express my feeling toward the song...n in this song it tell us to love the one whom we love with our heart n thank to ALLAH the creator of the universe for what ALLAH had give to us....

+ hope u enjoy the song
(click or paste the link below)
(u can even download it from the link)
http://www.4shared.com/file/160216576/f0db9baa/Maher_Zain_-_For_the_Rest_of_M.html

MAY ALLAH BLESS U ALL....~amin~


For The Rest Of my Life-Maher Zain

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

Repeat Chorus
I know that deep in my heart..

Jumaat, 15 Januari 2010

saKitKAh JiwakU???

"biarlah usahlah bermain dengan api akhirnya terbakar ku sendiri..."

hari ini aku memulakan langkah hidup dengan penuh sangsi....kenapa???
hari ini juga aku mulakan langkah hidup tanpa toleransi...kenapa???
hari ini juga berputik bara api yang semakin membara dalam jiwa dan semakin menjulang tinggi apinya...kenapa???

mungkin semuanya kerana jiwa....memang sakitnya jiwa ku ini...aku semakin tidak serasi dengan suasana sekelilingku...aku seolah-olah tidak berpijak di bumi nyata...semakin melarikan diri dari dunia nyata...beromongan di dunia fantasiku...bermonolog..semakin kalut jiwa ku....

mungkin yang pertamanya kerana aku insan yang hina dan selalu melakukan kekhilafan...mohon ampun darimu Tuhan sekalian alam..namun ada satu pepatah...rambut sama hitam tetapi hati siapa yang tahu...mungkin inilah diriku...suka memendam daripada meluahkan namun pabila ingin diluahkan pastinya tidak tercapai maksudku atau akal mereka...



adakah salah ku sekiranya ini semua terjadi??? kehilangan rakan-rakan yang selam ini menjadi tonggak kehidupan seharian.....adakah kerana aku???

bak kata pepatah "diluah mati emak, ditelan mati bapak" mungkin inilah yang berlaku sebenarnya....kalau ikutkan hati ini...tak mahu berlakunya perselisihan faham antara insan..namun hati insan ini yang akan terluka akhirnya kerana ingin membahagiakan hati insan yang lain....

mungkin sudah tiba masanya aku berterus terang dengan keadaan aku yang sebenarnya..kerna ku tak mahu insan lain memberi tafsiran membabi buta tanpa penjelasan dariku...

namun bila difikirkan kembali biarlah hati terluka demi membahagiakan insan lain yang bernama manusia.........mungkinkah hal ini akan berterusan...?????
apalah pendapat kalian terhadap kenyataan ini...

aku memang agak emosional orangnya nampak lembut di luar tapi keras di dalam nya....mungkin ini semua sudah tertulis di luh mahfuz lagi....semoga ini akan memberi kekuatan kepadaku untuk mengharungi hari esok...insyaallah...alhamdulillah lega sekejap hati ku yang lara ini..semoga kalian mendoakan kejayaan aku senantiasa..dan sesungguhnya aku senantiasa mendoakan kalian...~amin~

Selasa, 12 Januari 2010

adAkaH ini mEneNAngkan???


mmmm...entahla hari ni aku rasa mcm nak tulis diari...
maybe aku perlu jadikan sesuatu sebagai sandaran untuk jadikan aku org yg tabah kat masa depan. hari ni aku rasa murung sikit, tak tau kenape??? maybe rasa kesunyian...well maybe??? is it important for me to have somebody to be in my life and fill my heart or else just let my life into loneliness forever??? well no ones know... or dosa2 silam yg semakin mengahantui diri...wallahualam...
baru aku sedar hari ni yg hidup aku takkan jadi macam biasa....aku akan lebh menyendiri kot....maybe cari ketenangan...reason nyer mungkin kerana aku rasa macam terpinggir....well my friend before was not like this....they were once my sweet memory in my life......
aku ni knape sebenarnyer??? jiwa still resah gelisah rasa macam ade je yg tak kene..
aku rasa aku ni antara org plg hipokrit kat dunia ni...ya allah maafkan aku....my parent forgive me if i'm doin something bad to you and last but not least all my fwenz.....hop u all forgive me...may allah bless me...~amin~